KKKKKKKK


Thursday, March 10, 2011

Cara-cara menggunakan Template Designer

salam sejahtera....

Entry AB kali ini cara-cara hendak menggunakan Template Designer. Apa itu Template designer? Serba ringkas Template Designer ialah di mana seseorang bloger boleh mengubah suai wajah2 blog beliau dengan citarasa tersendiri. Template dikeluarkan didalam pelbagai bentuk dan corak. Oleh itu semuanya adalah pilihan tersendiri pemilik blog. Disini saya ingin kongsi cara-cara bagaimana untuk menukar template designer bagi pengguna yang membina blog dengan bloger.com sahaja. Dan jika ada kekurangan pada tutorial ini diharapkan anda membuat rujukan mana2 laman yang menyediakan tutor seperti ini.


p/s: Mesti ingat sesetengah template baru kita akan kehilangan maklumat penting setelah menukar template baru. Kenapa ianya jadi begitu? Ini kerana dari permulaan kita membina blog kita telah menggunakan template designer yang di download dari lain2 blog atau web perseorangan. Kita tidak menggunakan template yang disediakan khas dari laman Bloger.com. Jika dari asal lagi kita menggunakan template designer dari laman Bloger.com saya rasa ianya tidak akan berlaku kes kehilangan data yang telah kita simpan. Oleh itu sebelum anda hendak menukar Template Designer, lebih baik anda fikir dahulu ataupun dinasihatkan membuat backup.

Semua blogger mahukan tema blog yang cantik dan unik berbanding blog-blog lain. Bagi mereka yang mempunyai kepakaran, ini tidak menjadi satu masalah. Tetapi bagi bagi yang tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan, pasti akan berasa sangat susah dan memeningkan kepala. Tak perlu risau, hari ini blogger telah memperkenalkan satu fungsi baru yang menarik di beri kepada pengguna blogspot. Cara-cara menggunakan adalah seperti berikut:

1. Langkah pertama sekali anda mesti login ke laman blog anda.. Apabila keluar paparan Dashboard > Design . Klik > Design

2. Seterusnya akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Klik > Design.

dan klik > Template Design New

3. Keluar paparan Blogger Template Designer .Terdapat empat jenis butang pilihan seperti Template > Background > Layout > Advanced

a). Template> Kegunaannya ialah untuk mengubahsuai jenis-jenis wajah template anda.
Untuk pilihan anda hanya klik > Template dan pilih senarai yang disediakan. Apabila sudah siap buat pilihan sila klik butang save. > APPLY TO SAVE

p/s : Klik satu2 setiap jenis template yang diberikan(untuk lihat paparan yang terbaik). Dan setiap kali anda klik cuba perhatikan perubahan pada template anda apa yang terjadi. Jika puashati klik save.

b). Background > Kegunaanya ialah terdapat pelbagai jenis gambar-gambar latar belakang untuk diletakkan di belakang template anda.
Jika anda ingin mengubahsuai latar belakang Template anda, klik > Backgroud dan pilih pelbagai jenis background yang disedia. Siap membuat pilihan anda mesti klik butang save jika ingin menyimpan backgroud itu.


c). Layout > Kegunaanya ialah untuk menggubah saiz dan jenis kedudukan bentuk template anda.
Anda boleh pilih jenis bentuk kedudukan kotak yang terdapat dalam blog anda. Terdapat tiga jenis menu pilihan Body Layout > Footer layout > Adjust width. Anda boleh klik setiap menu tersebut dan lihat perubahan pada template anda.


d). Advanced > Kegunaanya ialah untuk mengubahsuai pelbagai jenis seperti tulisan, saiz tulisan, warna dan pelbagai lagi
Cara menggunakannya ialah anda hanya klik butang Advenced. Dan untuk mendapatkan perubahan pada template anda klik pada senarai menu yang disediakan. Setiap menu anda klik cuba perhatikan pada template anda apa perubahan yang berlaku.


4. Akhir sekali setelah anda siap mengubah suai semua perkara di atas. Anda hendak save kerja yang anda lakukan itu. Caranya ialah klik APPLY TO BLOG tunggu proses siap dan klik Back to Blogger.

Peringatan : Anda dinasihatkan membuat backup terlebih dahulu blog anda sebelum memulakan langkah tersebut. Untuk mengelakkan timbul masalah.

No comments:

Post a Comment